biskut inti krem mentega

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Pencuci Mulut / Minuman

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Butter cream cookies

biskut inti krem mentega

BAHAN-BAHAN

  • [ cookies ]
  • 30g almond powder
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 60g mentega tanpa garam
  • 50g gula halus
  • 1 biji telur kuning
  • 3-4 titik esen vanila
  • 90g tepung
  • [ butter cream ]
  • 50g mentega tanpa garam
  • 10g gula halus
  • 1 biji telur putih
  • 1 sudu besar gula aising
  • raisin secukupnya
CARA PENYEDIAAN
  • Panaskan oven 160 degree
  • [ Sediakan cookies ]
  • Pukul gula dan mentega sehingga kembang
  • Kemudian masukkan telur kuning. Pukul lagi sampai jadi bentuk krem
  • Masukkan tepung, almond powder dan baking powder yang telah diayak. Gaul sebati.
  • Canaikan biar jadi setebal 3-4 mm. Terap dengan penerap. Ikutlah bentuk apa yang disukai.
  • Bakar selama 10-15 minit
  • [?Sediakan cream ]
  • Pukul telur putih dan gula aising sehingga kembang atau bila diterbalikkan mangkuk, telur putih tak jatuh.
  • Dalam bekas lain, pukul mentega dan gula halus sehingga jadi bentuk cream
  • Campurkan kedua-dua adunan tadi. Masukkan kismis dan kacau dengan senduk sehingga sebati. Tak perlu pukul dengan mixer.
  • Ambil sedikit krim letak di atas cookie dan kepitkannya. Buat sampai habis.

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN