Ini adalah cake yang saya buat sendiri ditujukan khas buat suami tercinta…sempena Father’s day baru2 ini..Resepi butter cake ni saya belajar masa sekolah dulu,butter creamnya pulak masa saya kerja hotel suatu ketika dulu…

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Butter Cream Cake

Ini adalah cake yang saya buat sendiri ditujukan khas buat suami tercinta…sempena Father’s day baru2 ini..Resepi butter cake ni saya belajar masa sekolah dulu,butter creamnya pulak masa saya kerja hotel suatu ketika dulu…

BAHAN-BAHAN

  • Bahan2 untuk membuat Butter Cake:-
  • 225gm butter
  • 225gm gula castor
  • 225gm tepung kek(self raising flour)
  • 5 biji telur
  • 1 suduteh esen vanilla
  • Bahan Untuk Membuat Buttercream :-
  • 240gm butter
  • 100gm gula castor
  • 125ml air
  • 125ml susu cair
CARA PENYEDIAAN
  • Cara membuat butter cake :-
  • pukul butter dgn gula sampai
    kembang
  • masukkan telur sebiji demi sebiji
    sambil dipukul sehingga kembang dan gebu.masukkan esen vanilla dan pukul rata
  • masukkan tepung sedikit demi sedikit dan kacau dengan tangan aje sampai adunan butter dan tepung sebati
  • tuangkan adunan ke dalam loyang yang telah dilenserkan dgn marjerin @minyak
    guna loyang bulat 8″
  • masukkan acuan ke dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu dgn suhu 180 darjah celcius.Bakar selama 30-40 min atau sehingga kek masak
  • sejukkan kek di atas redai kek.kek mesti disejukkan terlebih dahulu supaya buttercream tak cair masa buat topping.
  • Cara Membuat Butter Cream :-
  • masak gula bersama air untuk dijadikan air gula.masukkan susu cair.sejukkan
  • Didalam bekas lain,pukul butter sampai kembang
  • tuangkan air gula bersama susu yang telah disejukkan tadi ke dlm butter yg dah dipukul kembang dan pukul sebati.Sedia untuk digunakan.Bolehlah mula buat topping ke atas kek yang dah disejukkan tadi.
  • inilah rupanya kek yg saya dah buat topping
  • ini pulak yang dah siap dibuat coating..guna chocolate rice pun boleh..saya suka guna kacang tumbuk,lagi sedap rasanya…

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN