Resepi asal dari bbcgoodfood.com. Dah diubah suai mengikut selera sendiri.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Burger daging dengan bawang karamel

Resepi asal dari bbcgoodfood.com. Dah diubah suai mengikut selera sendiri.

BAHAN-BAHAN

  • Untuk burger daging
  • 500g daging cincang
  • 1 biji telur dipukul
  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam
  • 1 sudu kecil serbuk jintan manis
  • sedikit garam
  • Bawang karamel
  • 1 biji bawang besar dipotong sedikit tebal
  • 2 sudu mentega
  • 1 sudu besar gula perang
  • Lain-lain bahan
  • Mayonis – gaulkan mayonis dgn beberapa titik jus lemon
  • Salad, timun, tomato, olives, sos cili/tomato
  • 1 biji telur goreng mata setiap burger (kalau nak)
  • sedikit olive oil & butter untuk goreng daging burger
  • 4 biji roti burger berbijan – di toast sedikit
CARA PENYEDIAAN
  • Untuk daging burger
  • Campurkan daging dengan lada hitam, jintan manis dan garam. Gaulkan. Masukkan telur sedikit demi sedikit hingga daging boleh dikepal. Buat bulat dan dileperkan. Boleh dpt dlm 4-6 ketul ikut ketebalan. Letak dalam pinggan, tutup dgn wrap dan biar dlm peti sejuk selama sejam (penting kalau tak daging berderai bila digoreng). Lepas sejam, goreng daging dgn olive oil dan bila hampir masak, masukkan sedikit butter.
  • Untuk bawang
  • Panaskan kuali, masukkan mentega dan bawang yg dah dipotong. Masukkan gula perang dan goreng hingga layu.
  • Sediakan burger
  • Pada burger bun, letak mayonis, timun, tomato, salad, olive, daging, telur dan bawang goreng karamel tadi.. boleh juga tambah cheese kalau suka…ikut selera masing2 ya.. selamat mencuba!

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN