Masakan Korea yang ringkas dan sedap
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Nusantara
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Bulgogi Jungol (Stew Daging)
Masakan Korea yang ringkas dan sedap
BAHAN-BAHAN
- 1kg Daging Lembu
- *1/2 cawan kecil kicap soya cair
- *2 sudu besar gula
- *12 ulas bawang putih
- *1 biji bawang besar bersaiz sederhana
- *1 biji buah pear saiz sederhana
- *1/2 cawan air
- *1 sudu kecil madu
- 1 sudu minyak bijan
- 2 cawan pati lembu (guna kiub knorr)
- cendawan
- lobak merah
- tauhu
- cili hijau
- brocoli
- kubis panjang
- garam dan bahan perasa
CARA PENYEDIAAN
- hiris daging kecil dan nipis
- kisar bahan-bahan yang bertanda * dan isikan didalam mangkuk besar
- perapkan daging di dalam mangkuk tadi sekurang-kurangnya 3 jam di dalam peti ais
- potong cendawan, lobak merah, tauhu, brocoli, kubis panjang dan cili hijau mengikut kehendak masing-masing
- susun lobak merah, cendawan, tauhu secara berselang seli disekeliling kuali atau periuk.pastikan ruang tengah kosong (saya gunakan periuk tanah)
tuang sedikit minyak bijan di tengah kemudian letakkan daging yang telah diperap.kemudian pasangkan api dapur. - kemudian masukkan pati lembu(rasa dahulu sebelum masukkan garam, ini kerana kemungkinan sos soya memang sudah sedia masin).biarkan mendidih dan jangan digaul.Hanya balik-balikkan daging yang ditengah sahaja
- bila daging hampir masak baru la masukkan brocoli dan kubis panjang.
- potong cili hijau dan letakkan di atas daging.
- bila sudah siap hidangkan dan makan bersama-sama nasi.Sesuai di makan ketika panas. ~ selamat mencuba~
???
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.