Bubur Sum-sum

Menu klasik yang sesuai dimakan waktu petang atau pun masa demam sebab mulut rasa pahit masa demamkan. Tap sum-sum ni ada rasa lemak, masin dan manis sirapnya :) )

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Pencuci Mulut / Minuman

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Bubur Sum-sum

Menu klasik yang sesuai dimakan waktu petang atau pun masa demam sebab mulut rasa pahit masa demamkan. Tap sum-sum ni ada rasa lemak, masin dan manis sirapnya :) )

BAHAN-BAHAN

  • Untuk bubur : 120g tepung beras
  • 525ml santan
  • ½ sudu garam
  • Untuk sirap gula : 1-2 cawan gula
  • 1 cawan air
  • 1 helai daun pandan
CARA PENYEDIAAN
  • Untuk bubur : Letak semua bahan dalam saucepan, better kalau ada non-stick one. Dengan api sederhana kecil, kacau adunan sampai masak – ia membeku. Kalau tak silap saya tidak sampai 7 minit. Kemudian letak dalam bekas. Selepas itu, rata-ratakan sikit atehnye itu supaya nampk cantik sikit. Inilah rupa sum-sum yang sudah dimasak.
  • Untuk sirap gula : Sangat mudah seabb caranya sama dengan nak buat gula hangus iaitu mula-mula hanguskan sedikit gula. Apabila sudah memekat, tambah air bila mendidih kemudian tambah baki gula dan daun pandan. Kacau sampai betul-betul gula sudah cair tapi sirap gula itu keperangan dan likat. Siap! Inilah sirap gulanye.
  • Kemudian, untuk serving, potong kecil-kecil sum-sum kemudian tuang sikit sirap gula atehnya. Jadilah bubur sum-sum.

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago