Menu klasik yang sesuai dimakan waktu petang atau pun masa demam sebab mulut rasa pahit masa demamkan. Tap sum-sum ni ada rasa lemak, masin dan manis sirapnya :) )
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Pencuci Mulut / Minuman
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
0jam 0min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Bubur Sum-sum
Menu klasik yang sesuai dimakan waktu petang atau pun masa demam sebab mulut rasa pahit masa demamkan. Tap sum-sum ni ada rasa lemak, masin dan manis sirapnya :) )
BAHAN-BAHAN
- Untuk bubur : 120g tepung beras
- 525ml santan
- ½ sudu garam
- Untuk sirap gula : 1-2 cawan gula
- 1 cawan air
- 1 helai daun pandan
CARA PENYEDIAAN
- Untuk bubur : Letak semua bahan dalam saucepan, better kalau ada non-stick one. Dengan api sederhana kecil, kacau adunan sampai masak – ia membeku. Kalau tak silap saya tidak sampai 7 minit. Kemudian letak dalam bekas. Selepas itu, rata-ratakan sikit atehnye itu supaya nampk cantik sikit. Inilah rupa sum-sum yang sudah dimasak.
- Untuk sirap gula : Sangat mudah seabb caranya sama dengan nak buat gula hangus iaitu mula-mula hanguskan sedikit gula. Apabila sudah memekat, tambah air bila mendidih kemudian tambah baki gula dan daun pandan. Kacau sampai betul-betul gula sudah cair tapi sirap gula itu keperangan dan likat. Siap! Inilah sirap gulanye.
- Kemudian, untuk serving, potong kecil-kecil sum-sum kemudian tuang sikit sirap gula atehnya. Jadilah bubur sum-sum.
Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.