Black Glutinous Rice. Khas untuk mereka yang menggemarinya.
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Bubur Pulut Hitam
Black Glutinous Rice. Khas untuk mereka yang menggemarinya.
BAHAN-BAHAN
- 300 gm pulut hitam
- 1 keping gula melaka (saiz – ikut suka)
- 1 tin santan
- 1/2 cawan gula pasir
- Daun pandan (kalau ada)
- Segenggam sagu (kalau suka)
- Susu segar
- Sedikit garam (hujung sudu kecil)
CARA PENYEDIAAN
- Rendam pulut hitam semalaman.
- Bersihkan pulut dengan menyiram di dalam bekas berlubang.
- Masukkan dalam periuk, masukkan air lebihkan 2-3 inci dari pulut. Masak hingga rasa masak.
- Masukkan daun pandan yang disimpul.
- Masukkan gula melaka dan gula mengikut suka manis masing-masing.
- Masak sagu dalam ketuhar 2 minit, tambahkan ke dalam periuk (atau mungkin boleh terus masuk dalam periuk).
- Akhir sekali, masukkan santan 1 tin. Sentiasa kacau sehingga mendidih dan likat.
- Siap. Bila makan, sila tambah susu segar sedikit. Kalau terlebih pekat, anda boleh tambah susu segar semasa makan.
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.