Project Description

Bagaimana cara nak masak Bubur Nasi Jagung?

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Bubur Nasi Jagung

Bagaimana cara nak masak Bubur Nasi Jagung?

BAHAN-BAHAN

    Bahan A
  • 1 cawan beras (Direndam 1 jam dan tuskan) 
  • 4 cawan air
  • Bahan B (Tumisan sup)
  • 5 biji bawang merah (Dihiris)
  • 2 ulas bawang putih (Dihiris)
  • ½ inci halia (Dihiris)
  • 4 cawan air 
  • ½ cawan isi ayam (Dipotong kecil) 
  • ½ batang lobak merah (Dipotong dadu kecil) 
  • 15 ekor udang (Dibuang kulit) 
  • 5 tangkai pucuk manis (Diambil daun) 
  • 3 sudu makan minyak masak 
  • Garam secukup rasa
CARA PENYEDIAAN
    1. Masakkan beras, air dan garam sehingga kembang dan lembut. 
    2. Bagi membuat tumisan sup, panaskan minyak masak dan tumiskan bahan yang dihiris sehingga wangi. 
    3. Masukkan air dan garam. Biarkan mendidih masukkan ayam, lobak merah dan jagung. 
    4. Apabila mendidih, masukkan udang dan pucuk manis. Biarkan sehingga mendidih dan tutup api. 
    5. Hidangkan nasi bubur bersama tumisan sup.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.