Buahan Mini (Kao Noom Look Choup)

Masakan Thai Kelantan

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Buahan Mini (Kao Noom Look Choup)

Masakan Thai Kelantan

BAHAN-BAHAN

  • 200 gm kacang dal atau (kacang hijau yg siap dibuang kulitnya)
    150 gm gula
    1 sudu teh garam
    100ml santan pekat KARA
    Pewarna
  • Bahan Pengilat
    5gm serbuk agar-agar
    150ml air
    50 gm gula
CARA PENYEDIAAN
  • Rendam kacang semalaman. Tos dan kukus selama 45 minit.
  • Kisar kacang tadi bersama gula, garam dan santan sehingga menjadi pes.
  • Masukkan kedalam periuk dan kacau diatas api sederhana hingga adunan menjadi kental. Angkat dan biarkan sejuk.
  • Ambil doh kacang seberat 10-15gm dan bentukkan menjadi buah-buahan yang disukai.
  • Apabila siap dibentuk, warnakan buah-buahan tadi. Kemudian cucuk dengan toothpicks dan tekan diatas polystyrene untuk mengeringkannya.
  • Untuk pengilatnya, masak serbuk agar-agar dan air sehingga larut. Biarkan suam sedikit tetapi jangan sampai beku. Sekiranya beku panaskan lagi agar-agar tadi.
  • Ambil buah-buahan yang dah siap dibentuk dan celup kedalam agar-agar. Cucuk diatas polystyrene untuk mengeringkannya. Buat sehingga habis.
  • Buah-buahan mini ini dibuat dari kacang dal atau kacang hijau yang dibentuk dan diwarnakan seperti buah-buahan. Bahan pengilatnya datang dari agar-agar. Setiap doh hendaklah seberat 10-15gm kerana jika terlalu besar susah untuk dicucuk dengan lidi atau dicelupkan kedalam agar-agar. Seeloknya guna toothpicks untuk mencucuk doh semasa mewarnakannya.
  • Bentuk Buah Jambu Air
  • Bentuk Buah Lemon
  • Bentuk Buah Strawberry
  • Bentuk Buah Mangga

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago