Bagaimana cara nak masak Buah Molong Warna-Warni?
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Pencuci Mulut / Minuman
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Buah Molong Warna-Warni
Bagaimana cara nak masak Buah Molong Warna-Warni?
BAHAN-BAHAN
- 1½ cawan air
- 2 cawan tepung pulut
- Sedikit garam
- Pewarna hijau, merah, dan kuning
- 2 helai daun pandan (Dikoyak dan disimpul)
- 2 cawan santan
- ½ cawan gula pasir
- 2 sudu makan gula merah
- Sedikit garam
Bahan A
Bahan B (Kuah)
CARA PENYEDIAAN
- Masukkan air sedikit demi sedikit ke dalam tepung pulut bersama garam. Gaul sehingga doh tidak melekat pada tangan.
- Bahagikan tiga bahagian. Masukkan pewarna dan gaul rata.
- Bentukkan bebola kecil. Buatkan semua doh sehingga habis.
- Didihkan air dan masakkan sehingga doh timbul.
- Apabila timbul, angkat dan masukkan ke dalam mangkuk yang berisi air.
- Masukkan semua bahan B ke dalam mangkuk dan kacau rata. Tapiskan ke dalam periuk dan masukkan daun pandan. Masakkan sehingga mendidih.
- Tuskan bebola tepung pulut dan masukkan ke dalam kuah santan.
- Sedia dihidangkan
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.