Bagaimana cara nak masak Buah Molong?
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Pencuci Mulut / Minuman
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Buah Molong
Bagaimana cara nak masak Buah Molong?
BAHAN-BAHAN
- 1 cawan tepung pulut
- Sedikit garam
- ½ cawan air
- Sedikit kapur (Dibancuh & tapis)
- Pewarna hijau, merah, kuning
- 1 cawan santan pekat
- ½ cawan gula pasir
- 2 helai daun pandan (Disimpul)
- Sedikit garam
Bahan A
Bahan B (Kuah)
CARA PENYEDIAAN
- Masukkan tepung pulut dan garam ke dalam mangkuk.
- Masukkan air kapur sedikit demi sedikit dan gaul rata sehingga menjadi bebola doh tidak melekat di tangan.
- Bahagikan kepada 3 bahagian. Masukkan pewarna berbeza pada setiap bahagian dan gaulkan sebati.
- Bentukkan bebola kecil dan ketepikan.
- Masakkan air ke dalam periuk sehingga mendidih dan masukkan bebola kecil. Biarkan sehingga timbul.
- Apabila bebola timbul, angkat dan masukkan ke dalam mangkuk berisi air.
- Masakkan santan, gula pasir, daun pandan dan sedikit garam sehingga
mendidih sambil sentiasa kacau supaya tidak pecah minyak. - Masukkan bebola tadi dan kacau rata. Hidangkan.
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.