Doh yang boleh disediakan dan disimpan 1 bulan lebih awal sebelum dibakar.Gandakan adunan jika ingin mendapatkan cookies yang banyak.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

?Brownies Crunchy Cookies™

Doh yang boleh disediakan dan disimpan 1 bulan lebih awal sebelum dibakar.Gandakan adunan jika ingin mendapatkan cookies yang banyak.

BAHAN-BAHAN

  • 100 g mentega (10 sb rata)
  • 75 g gula icing (1/2 cwn rata + 1 sb)- diayak
  • 1 biji telur
  • 1/4 sk esen vanilla
  • 150 g tepung gandum* (1 1/4 cwn rata)
  • 1 sk baking powder*
  • 1 sk bicarbonate of soda*
  • 25 g serbuk koko* (3 sb rata)
  • 100 g choc chips (3/4 cwn penuh)
  • 50 g (1/4 cwn) walnut atau kekacang pilihan – dipanggang dan cincang kasar
  • secukup kertas minyak – untuk membungkus doh
CARA PENYEDIAAN
  • Ayak bahan2 bertanda dan ketepikan.
  • Mentega dan gula dikacau hingga rata.Masukkan telur dan esen dan terus kacau.
  • Masukkan pula campuran tepung sedikit2 sambil dikacau hingga habis dan rata.
  • Masukkan choc. chips dan kekacang dan gaul/uli hingga sebati.
  • Bahagi adunan kpd 2 bahagian dan bubuh diatas kertas minyak dan gulung perlahan2,bungkus dan simpan di dalam chiller supaya padat.Jika disimpan lama doh akan menjadi beku.
  • Keluarkan gulungan doh dr chiller dan biar doh pd suhu bilik dan hiris nipis,susun setiap kepingan doh diatas dulang pembakar.Jika hirisan doh tak berapa cantik,boleh dibentuk2kan semula.
  • Bakar pada suhu 160C hingga garing.
  • Doh ini juga boleh terus dibakar seperti cookies biasa jika tidak mahu disimpan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN