Tingkatkan kesihatan anda dengan resepi ini yang lazat, cepat dan mudah > resepi Brokoli Stir-Fry dengan Filamen Ikan QQ.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Brokoli Stir-Fry dengan Filamen Ikan QQ

Tingkatkan kesihatan anda dengan resepi ini yang lazat, cepat dan mudah > resepi Brokoli Stir-Fry dengan Filamen Ikan QQ.

BAHAN-BAHAN

  • ½ paket Filamen Ikan QQ MUSHROOM (pek 180g)
  • 100g udang (saiz sederhana), dikupas kulit dan dibersihkan
  • 30g lobak merah, dihiris nipis
  • 100g cendawan Shiitake segar (atau 10 batang cendawan Shiitake kering, direndam lembut)
  • 200g brokoli, dipotong tangkal kecil
  • 2 sudu besar minyak masak
  • 5 ulas bawang putih, dicincang
  • Kuah (gaul bersama):
  • 1 sudu besar sos tiram
  • ¼ sudu teh kicap pekat
  • 1 sudu besar kicap cair
  • 50ml air
  • ½ sudu teh cecair campuran tepung jagung
  • 2 sudu besar air
CARA PENYEDIAAN
  • Panaskan 2 sudu besar minyak masak dalam kuali, dan tumiskan bawang putih hingga wangi.
  • Tambahkan Filamen Ikan QQ MUSHROOM dan masak selama 2 minit. Masukkan udang dan masak selama 2 minit lagi.
  • Masukkan campuran kuah, brokoli, lobak merah dan cendawan, dan gaul serata. Tutup dengan penutup kuali dan biarkan masak atas api serderhana selama 2 – 3 minit.
  • Matikan api dan hidangkan serta-merta dengan nasi.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN