Resipi dari Allrecipes.com

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Bread Pudding

Resipi dari Allrecipes.com

BAHAN-BAHAN

  • 10 keping roti, dipotong kiub
  • ¼ cawan marjerin, dicairkan
  • ½ cawan kismis
  • 1 sudu teh serbuk kayu manis
  • 6 biji telur
  • ¾ cawan gula
  • 2 sudu teh esen vanila
  • ½ sudu teh garam
  • 3 cawan susu yang telah dipanaskan
  • Secubit serbuk buah pala
CARA PENYEDIAAN
  • Panaskan oven pada suhu 190C.
  • Dalam mangkuk yang besar, campurkan roti, mentega cair, kismis dan serbuk kayu manis. Gaul hingga sebati dan masukkan ke dalam loyang pembakar.
  • Menggunakan bekas mangkuk tadi pukul telur. Masukkan gula, esen vanila dan garam. Kacau sehingga gulanya larut. Masukkan susu panas perlahan-lahan dan kacau hingga sebati. Tuang adunan telur ini di atas roti dan taburkan dengan serbuk buah pala. Ketepikan untuk 5 minit supaya cecair meresap ke dalam roti.
  • Bakar di dalam oven selama 25- 30 minit, atau sehingga lidi penguji bersih menandakan puding roti telah pun masak.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN