Bagaimana cara nak masak Botok-Botok Ikan Segar?

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Botok-Botok Ikan Segar

Bagaimana cara nak masak Botok-Botok Ikan Segar?

BAHAN-BAHAN

    Bahan A
  • 500 g ikan tenggiri 
  • Garam secukup rasa 
  • 2 sudu makan serbuk kari ikan 
  • 1 sudu makan kerisik 
  • 10 tangkai daun kesum (Dihiris halus)
  • 5 tangkai daun pucuk ubi (Dihiris halus)
  • 1 helai daun kunyit (Dihiris halus)
  • Beberapa helai daun pisang (pembungkus) 
  • Lidi secukupnya
  • Bahan B (Dikisar)
  • ½ inci halia 
  • ½ inci kunyit hidup 
  • ½ inci lengkuas 
  • 2 batang serai 
  • 3 biji cili merah 
  • 5 biji cili api 
  • 3 biji bawang merah 
  • 1 ulas bawang putih 
  • 2 biji buah keras 
  • ½ cawan kelapa parut
CARA PENYEDIAAN
    1. Potong ikan pada beberapa keping. Basuh dan tuskan. Lumur dengan sedikit garam. 
    2. Gaul sebati serbuk kari ikan, kerisik, garam, dan bahan kisar. 
    3. Masukkan sayur yang dihiris halus. Gaul rata. 
    4. Letakkan sekeping ikan dan rempah yang digaul di atas daun pisang. 
    5. Bungkus dan lipatkan dengan kemas. Sematkan lidi pada daun pisang. 
    6. Bakar di dalam kuali bertutup atau kuali pemanggang selama 20-25 minit dengan api perlahan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN