Pancake menggunakan jem blueberi. Boleh ditukar dengan lain-lain jem
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Asian
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Blueberry pancake
Pancake menggunakan jem blueberi. Boleh ditukar dengan lain-lain jem
BAHAN-BAHAN
- 100g jem blueberry
- 2 biji telur
- 120g tepung gandum – ayak
- 1 sudu besar susu tepung -ayak
- 1 sudu kecil baking powder – ayak
- 2 sudu besar air
- 40g mentega cair
- 40g gula
CARA PENYEDIAAN
- Masukkan telur,gula,air dan jem ke dalam mangkuk.Kacau sekejap dgn “hand whisk”
- Masukkan mentega cair. Kacau lagi.
- Masukkan 1/3 daripada bahan yang telah diayak ke dalam mangkuk tadi. Kacau lagi.
- Masukkan lagi yg selebihnya. kacau cepat-cepat supaya tak berketul.
- Panaskan kuali, sapukan sedikit minyak atau mentega.
- Ambik 1 senduk adunan tadi. Letakkan ke dalam kuali yg telah panas.
- Apabila dah nampak lubang-lubang pada permukaan pancake, bolehlah balikan pancake ke permukaan satu lagi. Biarkan sehingga masak.
- ** Note :-
- Pancake ni rasa manis. Sesuai dimakan begitu saja atau dengan mentega.
- Perlu masak dengan api perlahan untuk mengelakkan dari cepat hangus.
- Ada org blend je semua bahan-bahan tu. Terpulanglah pada masing-masing. Saya buat ikut cara di atas.
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.