muffin simple sangat campur2 siap dan tak remeh

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

blueberry cheese muffin

muffin simple sangat campur2 siap dan tak remeh

BAHAN-BAHAN

  • 4 sudu besar mentega / butter / minyak jagung / minyak masak
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan gula
  • 1 cawan susu segar / susu cair
  • 2 sudu besar baking powder
  • 1 sudu teh garam
  • 3 biji telur (kecil) / 2 biji (besar)
  • 3-4 keping cheese / slice cheese (maya guna kraft single tu)
  • 1 sudu besar esen vanilla
  • blueberry paste / jam
  • untuk hiasan: whipped cream, coklat rice apa2 ajelah mana suka letak gula pasir atas muffin tu pun boleh.
CARA PENYEDIAAN
  • ayak: Tepung + garam + baking powder
  • masak atas api kecil (kacau sentiasa): mentega + susu + gula + cheese
  • pukul sampai kembang: telur + esen vanilla
  • masukkan bahan yang dimasak dalam telur yang dah dipukul kembang gaul rata
  • dah sebati semua baru masukkan tepung – gaul rata
  • masukkan bahan muffin dalam cupcake guna pencedok icecream atau sudu dalam 1/4 bekas – letak blueberry paste – letak lagi bahan muffin (cover blueberry paste surface tadi)
  • then bakar dalam oven 180 darjah dalam 20 minit (api atas bawah) dulang letak air sikit – saya buat dulang letak air atas dulang letak yang jaring untuk letak muffin
  • whipped cream tuang dalam 1 cawan dalam bekas yang dah sejukkan – pukul sampai kembang – then decorate ler ikut suka hati
  • inilah hasil saya..tapi sebenarnya tak pandai deko pun..hentam jer

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN