Blueberries Muffins

Dapat dari majalah ASDA ke TESCO, senang sahaja…tak payah nak gaul lama-lama macam buat kek tu. Boleh guna buah-buahan lain untuk ganti beri biru seperti aprikot kering, kismis ke, cip coklat dan badam pun boleh juga, raspberi, pisang pun boleh. Nak campur-campur pun lagi sedap.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Blueberries Muffins

Dapat dari majalah ASDA ke TESCO, senang sahaja…tak payah nak gaul lama-lama macam buat kek tu. Boleh guna buah-buahan lain untuk ganti beri biru seperti aprikot kering, kismis ke, cip coklat dan badam pun boleh juga, raspberi, pisang pun boleh. Nak campur-campur pun lagi sedap.

BAHAN-BAHAN

  • 250 g tepung gandum biasa
  • 2 biji telur ayam saiz besar (gred A)
  • 2 sudu besar yogurt (tiada perisa)
  • 100 g gula pasir
  • 2 sudu teh serbuk penaik
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 125 ml minyak sayuran (minyak jagung ke, minyak bunga matahari ke, minyak sawit pun boleh)
  • Beri biru lebih kurang segenggam (kalau di Malaysia, ada dijual dalam tin atau buah-buah lain yang sedap dibuat muffin macam disebut di atas tadi)
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu teh esen vanila (jika suka)
CARA PENYEDIAAN
  • Panaskan oven 170C.
  • Guna 1 mangkuk besar, ayak tepung, masuk serbuk penaik, soda, gula dan garam.
  • Dalam mangkuk yang kecil, pukul telur (macam nak buat telur dadar, tak payah lama). Masuk yogurt, kacau sikit, masuk minyak sayuran dan kacau sikit lagi. Tak payah risau, sebab memang minyak ni tak akan bercampur sebati dengan bahan lain. Curah terus ke dalam mangkuk bahan-bahan tepung tadi.
  • Masuk beri, gaul sebati, tapi jangan terlebih gaul.
  • Gunakan sudu besar dan cedukkan adunan ke dalam acuan muffin yang disapu dengan sedikit marjerin atau gunakan acuan kertas muffin dan taburkan sedikit gula pasir di atas adunan kalau suka manis.
  • Bakar pada suhu 170C, selama 20 – 25 minit.
  • Bila siap, boleh makan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago