Ayam Tandoori

Ayam sudah jadi makanan wajib orang Melayu Muslim di Bristol ni. Ye la, ikan mahal… sebab itu la Ina cuba resipi ni. Tidaklah bosan asyik makan ayam kari, masak gulai, masak pedas dengan goreng saja. Resipi sendirian berhad, hentam sajalah. Boleh bakar dalam oven atau lagi sedap kalau dibuat barbeku.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Ayam Tandoori

Ayam sudah jadi makanan wajib orang Melayu Muslim di Bristol ni. Ye la, ikan mahal… sebab itu la Ina cuba resipi ni. Tidaklah bosan asyik makan ayam kari, masak gulai, masak pedas dengan goreng saja. Resipi sendirian berhad, hentam sajalah. Boleh bakar dalam oven atau lagi sedap kalau dibuat barbeku.

BAHAN-BAHAN

  • 8 ketul ayam, potong agak besar penumbuk
  • 3 ulas bawang putih (ketuk)
  • 2 sudu besar serbuk tandoori Masala
  • 1 cawan yogurt (tairu – yang tiada perisa)
  • 1/2 cawan air
  • 2 sudu besar minyak sapi (mentega pun boleh)
  • 1 sudu besar halia (ditumbuk)
  • Garam secukup rasa
CARA PENYEDIAAN
  • Campur semua bahan tadi ke dalam mangkuk besar.
  • Gaul ayam dan perap sekurang-kurangnya 4 jam. Semalaman lagi bagus.
  • Bakar dalam oven, suhu 200C selama lebih kurang 60 minit. (Guna api atas dan bawah). Kalau ‘fan-assisted oven’ kena kurangkan suhu ke 170C saja. Balikkan ayam supaya masak kedua belah (bergantung pada oven masing-masing).
  • Kalau tiada oven, boleh panggang atau barbeku. Masa balikkan ayam tu, sapulah lagi sedikit minyak sapi atau mentega.
  • Boleh dimakan dengan pelbagai jenis nasi atau roti nan.
    Kalau nak sedap lagi, perahkan sikit lemon atas ayam.
    Hiaskan dengan hirisan tomato, timun dan daun salad.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    3 years ago

    Acar Sengkuang

    3 years ago

    Lemang Jagung

    3 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    3 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    3 years ago