sedap dimakan ngn nasi putih

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Black Pepper Chicken with Mushroom

sedap dimakan ngn nasi putih

BAHAN-BAHAN

  • ½ ekor ayam dipotong kecil
  • 2 sk serbuk pati ayam Maggi
  • lada sulah secukupnya
  • 4 sb tepung jagung
  • ½ biji bawang besar -dipotong nipis
  • 2 ulas bawang putih-dipotong nipis
  • 1 tin cendawan butang
  • 1 biji capsicum
  • 1 biji bawang Holland
  • 1 tangkai daun bawang-dipotong panjang 1 inci
  • 2 sb cili kisar
  • 2 sb sos tiram
  • 2 sb sos lada hitam
  • gula & serbuk perasa secukupnya
  • 2 sk tepung jagung dibancuh dgn 3 sb air
  • 1 biji telur dipukul sedikit
CARA PENYEDIAAN
  • Perap ayam dengan serbuk pati Maggi & lada hitam selama 5 minit
  • Masukkan telur & tepung jagung ke dalam ayam. Gaul sebati
  • Goreng ayam hingga kekuningan & toskan
  • Tumis cili kisar & bawang hingga garing. Masukkan sos tiram, sos lada hitam & cendawan, kacau rata
  • Tambahkan sedikit air, gula & serbuk perasa, biarkan mendidih
  • Masukkan bawang holland, capsicum & daun bawang. Pekatkan sos dengan campuran tepung jagung
  • Masukkan ayam & kacau sebati. Sedia utk dihidangkan

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN