Roti biasa tapi ada kelainannya.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Black Olive Knot Bread

Roti biasa tapi ada kelainannya.

BAHAN-BAHAN

  • 375 g tepung roti
  • 20 g mentega
  • 1/2 camca teh garam
  • 1 camca teh gula halus
  • 1 ulas bawang putih, dicincang halus
  • 225 ml susu segar
  • 80 g zaitun hitam, didadu kasar
  • 1/2 camca teh penaik roti (jika suka)
  • 1/2 camca teh pelembut roti (jika suka)
  • Beberapa biji jeruk ‘capers’ (jika suka)
  • 1 camca teh yis
CARA PENYEDIAAN
  • Masukkan kesemua bahan ke dalam mesin pembuat roti, kecuali jeruk. Pilih tetapan untuk doh dan tekan. Tunggu hingga siap.
  • Keluarkan doh dari mesin dan tumbuk untuk membuang udara, uli sekejap dan bahagi kepada 12 bahagian. Rehatkan 10 minit.
  • Ambil satu doh tadi dan gelek memanjang kurang lebih 20 cm.
  • Buat satu simpulan seperti mengikat tali.
  • Kemaskan simpulan sehingga membentuk seakan sanggul.
  • Susun dalam loyang dan hias dengan jeruk (3 biji untuk roti). Biarkan 40 minit hingga naik sekali ganda. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180C, selama 15 minit. Biarkan roti seketika dalam oven untuk mendapatkan permukaan roti yang keemasan. Sapu dengan mentega sejurus dikeluarkan dari oven.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN