Versi melayu… kek yang sentiasa mendapat perhatian

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Asian

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Black Forest Cakes

Versi melayu… kek yang sentiasa mendapat perhatian

BAHAN-BAHAN

  • Bahan A
  • 250gm chocolate sponge mix
  • 250gm telur (5 biji)
  • 60ml susu segar/air
  • 1 tbsp chocolate emulco/(1 tbsp koko powder + 1 tbsp air panas)
  • Bahan B
    70gm minyak jagung/minyak masak
  • Topping dan filling
  • 1 tin dark pitted cerry (asingkan buah dan sirapnya)
  • 450ml whipping cream (manis)
  • Buah Ceri di belah dua setiap satu
  • Parutan coklat masakan utk hiasan
  • Untuk Sirap ceri
  • Sirap buah + 1 tbsp tepung jagung dan 1 tbsp gula pasir
  • Jika tiada sponge mix boleh guna mana2 resipi kek sponge
CARA PENYEDIAAN
  • Alas loyang dengan kertas minyak. Panaskan oven pada suhu 180C
  • Masukkan bahan A kedalam mixer, gaul menggunakan whisk dengan speed perlahan selama 1 minit, kemudian tukar kepada speed tinggi dan putar hingga adunan kembang.
  • Tukar kepada speed perlahan dan masukkan bahan B, putar hingga bergaul rata.
  • Tuang ke dalam loyang dan bakar selama 35 – 45 minit. Telengkupkan kek di atas redai dan biarkan sejuk.
    Potong kek kepada 3 lapisan.
  • Toping dan Filling
  • Asingkan sirap dan buah ceri. Potong ceri kepada 2 setiap satu.
  • Satukan bahan sirap ceri, masak diatas api perlahan hingga pekat. Angkat dan ketepikan
  • Putar whipping cream hingga kembang
  • Letak satu lapisan kek di atas cake board. Sapu sirap ceri ke atas lapisan kek dan diikuti oleh whip cream, ratakan. Atur buah ceri memenuhi lapisan kek dan sapu lagi dengan whip cream hingga menutupi buah ceri.
  • Letak lapisan kek yang kedua dan ulangi cara no. 9 hingga habis.
    Untuk lapisan terakhir, salut semua kek dengan whip cream hias dengan parutan coklat dan buah ceri di atasnya.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN