Diambil dari http://www.eddyvandammeusa.com/2009/11/how-to-make-ladyfingers. Ladyfingers boleh disimpan dalam zipper bag bahagian freezer selama 2 minggu. Bahan-bahan juga boleh diseparuhkan. Rasa seakan bahulu/baby rusk; ranggup di luar, lembut di dalam. Boleh rujuk: http://zachoes.blogspot.com/2010/04/resepi-homemade-ladyfingerssponge.html

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Asian

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Biskut Tiramisu/Ladyfinger/Boudoir/Sponge fingers/Savoiardi

Diambil dari http://www.eddyvandammeusa.com/2009/11/how-to-make-ladyfingers. Ladyfingers boleh disimpan dalam zipper bag bahagian freezer selama 2 minggu. Bahan-bahan juga boleh diseparuhkan. Rasa seakan bahulu/baby rusk; ranggup di luar, lembut di dalam. Boleh rujuk: http://zachoes.blogspot.com/2010/04/resepi-homemade-ladyfingerssponge.html

BAHAN-BAHAN

  • 1C @ 135g tepung gandum (boleh juga guna tepung naik sendiri)
  • 6 biji telur kuning
  • 1st esen vanila
  • 6 biji putih telur
  • 1/2C tolak 1sb @ 115g gula kastor
  • secubit cream of tartar (tambahan saya)
  • Gula aising + penapis untuk dusting atas fingers
CARA PENYEDIAAN
  • Panaskan oven pada suhu 200C. Sediakan 2-3 helai baking sheet. Ketepikan.
  • Sediakan satu piping bag besar, bersama satu nozzle bulat bersaiz lebih kurang 1/2″ (1cm). Ketepikan.
  • Ayak tepung sebanyak 2 kali dan ketepikan.
  • Dalam satu bekas, putar putih telur sampai berbuih. Masukkan secubit cream of tartar (supaya meringue tak mudah jatuh) dan masukkan gula sedikit demi sedikit. Putar hingga sangat kental (VERY stiff peak) dan ketepikan.
  • Dalam bekas lain, pukul kuning telur bersama esen vanila hingga pucat, lebih kurang 8 minit.
  • Tuangkan adunan kuning telur dalam meringue. Gunakan spatula untuk kaup balik secara perlahan-lahan hingga hampir gaul rata (akan kelihatan sedikit kuning telur).
  • Ayak tepung gandum sedikit demi sedikit ke dalam adunan tadi (saya letak 2sb dalam penapis, ayak ke dalam adunan, kaup balikkan dan buat sampai habis). Pastikan jangan terlebih gaul.
  • Letakkan adunan dalam piping bag dan picitkan atas baking sheet, lebih kurang 3.5″ panjang, lebar 1″, dan jarakkan antara satu sama lain sejauh 1″.
  • Ayakkan gula aising di atas ladyfingers, biarkan seminit dan taburkan lagi gula aising bagi mendapatkan permukaan yang lebih rangup.
  • Bakar selama 10-15 min atau sehingga perang keemasan (luar akan sedikit ranggup tetapi bila tekan di dalam akan lembut/spongey.
  • Gunakan pisau untuk alihkan atas redai (jangan dibiarkan sejuk terlalu lama atas baking sheet, nanti melekat) dan tabur lagi gula aising. Boleh disejukkan dan disimpan dalam beg plastik untuk disimpan dalam freezer. Atau pun terus digunakan.
  • Contoh tiramisu yang saya buat guna cream cheese + non-dairy whipping cream.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN