Biskut suji yg tidak menggunakan tepung suji.Resipi utk dikongsi bersama.Seandainya 1 adunan terlalu banyak, cubalah 1/3 adunan dahulu.Biskut suji ini garing dan kosong dlmnya setelah dibakar.
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
?Biskut Sujiâ¢
Biskut suji yg tidak menggunakan tepung suji.Resipi utk dikongsi bersama.Seandainya 1 adunan terlalu banyak, cubalah 1/3 adunan dahulu.Biskut suji ini garing dan kosong dlmnya setelah dibakar.
BAHAN-BAHAN
- 600 – 800 g tepung gandum – ayak
- 500 g gula serbuk/icing – ayak
- 500 g minyak sapi – yang berkualiti
- 1/2 sk serbuk vanilli
- 1 sk bicarbonate of soda – ayak
- 3 biji kuning telur
CARA PENYEDIAAN
- Gula dan minyak sapi digaul hingga rata.
- Masukkan kuning telur dan gaul lagi dan masukkan juga vanilli dan b. soda dan gaul lagi hingga sebati.
- Masukkan tepung sedikit2 sambil diuli hingga boleh dibulat2kan.
- Bulat2kan adunan sebesar guli2 kecil dan atur di atas dulang pembakar dan jarak2kan sedikit kerana suji akan mengembang.
- Bakar pd. suhu 150C. selama 10-12 min. atau hingga masak mengikut kepanasan oven masing2.
- Biarkan biskut sejuk di atas dulang pembakar dan simpan di dlm bekas yg kedap udara setelah biskut sejuk.
- **Utk pengetahuan bersama…Adunan suji ini cepat kering jika terlau lama terdedah dan berderai…saya menggunakan sudu penyukat yg bulat dan kecil (size 1/2 tsp) atau pengorek buah dan dialas dgn plastik yg nipis sebagai acuan.
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.