Tahun lepas buat tapi gambar tak hensem pula. Kejap je nak buat biskut ni, gaul2 dlm mangkuk besar pastu jemputkan atas baking tray yg dialas baking paper. Kredit kpd Jaja FnR sbb share resepi ni, hehe.. Boleh rujuk: http://zachoes.blogspot.com/2011/07/resepi-biskut-red-pearl-and-back-to.html

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Biskut Red Pearl

Tahun lepas buat tapi gambar tak hensem pula. Kejap je nak buat biskut ni, gaul2 dlm mangkuk besar pastu jemputkan atas baking tray yg dialas baking paper. Kredit kpd Jaja FnR sbb share resepi ni, hehe.. Boleh rujuk: http://zachoes.blogspot.com/2011/07/resepi-biskut-red-pearl-and-back-to.html

BAHAN-BAHAN

  • 150g butter, suhu bilik – Tak guna yang mahal macam Golden Churn (katanya dah halal) atau SCS pun takpe, janji wangi dan sedap
  • 150g tepung gandum
  • 75g gula kastor – ku guna gula kasar kisar
  • 60g cornflakes – ku guna Nestle
  • 50g coklat chips
  • 25g almond nibs – kali ni ku guna sliced almonds
  • 1st esen vanila – brand E&G sedap sebab wangi
  • ceri merah, dihiris halus dan memanjang
CARA PENYEDIAAN
  • Pukul butter dan gula hingga sebati (ku guna whisk telur je. Takyah pukul sampai pucat lesi, cukup setakat gula gaul sebati dengan butter).
  • Campurkan semua bahan kering (dan esen vanila) kecuali ceri merah. Kacau sebati menggunakan sudip kayu (ku guna whisk telur pastu malas ganti dengan garfu pula).
  • Guna 2 garfu, jemputkan adunan ke atas dulang pembakar yang diletak baking paper (ku guna non-stick baking paper, jemputkan kecil sikit dari 1/2sb. Adunan akan merebak/meleper jadi jangan ditekan/dipenyek jemputan tu. Elok dia tinggi sikit supaya rangup nanti)
  • Sapukan kuning telur (kali ni tak buat, sebab buat separuh adunan. Masih lekat lagi cerinya walaupun tak letak) dan hias dengan ceri merah.
  • Bakar pada oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu 175C, 20-25min atau bergantung pada oven masing-masing atau hingga tepi-tepi biskut agak keperangan (ku bakar 160C, 20minit gitu). Bakar rak tengah, api atas bawah.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN