Biskut ini mudah disediakan kerana menggunakan kaedah gaul dan ramas. Rangup dan gebu. Patut dicuba oleh peminat-peminat teh Earl Grey.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Biskut Rangup Earl Grey

Biskut ini mudah disediakan kerana menggunakan kaedah gaul dan ramas. Rangup dan gebu. Patut dicuba oleh peminat-peminat teh Earl Grey.

BAHAN-BAHAN

  • 1 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan butter
  • 1/2 cawan gula
  • serbuk teh dari 4 uncang teh Earl Grey
  • secubit garam
  • 1 sudu teh esen vanilla
CARA PENYEDIAAN
  • Satukan tepung, gula, serbuk teh, dan garam didalam satu mangkuk
  • Potong dadu kecil-kecil butter. Gaul dan ramaskan butter kedalam adunan tepung sehingga sebati. Gunakan hujung-hujung jari ketika menggaul dan meramas. Jangan seperti menguli.
  • Masukkan esen vanilla. Bentukkan doh seperti keropok lekor (bulat dan panjang). Gulungkan dalam plastik dan masukkan fridge lebih kurang 5 minit supaya mudah dipotong.
  • Potongkan doh tadi nipis nipis lebih kurang 1/2 cm dan bakar selama lebih kurang 20 minit dalam oven 180 darjah.
  • *NOTA : Gunakan teh Earl Grey brand Twinnings sebab aroma bergamot dia memang terasa. Kalau saiz biskut ini sebesar duit 50 sen, adunan diatas akan memberikan lebih kurang 50 keping biskut.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN