biskut yg rangup, cair di mulut dan menggunakan bahan-bahan mudah dan tak perlu telur.inovasi drp resepi biskut susu merpati 66.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

biskut lemak manis

biskut yg rangup, cair di mulut dan menggunakan bahan-bahan mudah dan tak perlu telur.inovasi drp resepi biskut susu merpati 66.

BAHAN-BAHAN

  • 1/2 cawan tepung gandum (60g)
  • 1 cawan tepung jagung (110g)
  • 50g butter lembut (1 sudu makan)
  • 4 sudu makan susu pekat manis (boleh try 3 sudu dulu takut terlebih manis)
  • 1/2 sudu kecil baking powder
CARA PENYEDIAAN
  • satukan semua bahan kecuali tepung gandum
  • kacau perlahan-lahan guna tangan, sehingga sebati, barulah masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit.
  • uli sehingga membentuk doh.kalau agak lembik, campurkan tepung sesudu.kalau keras, campurkan butter.
  • sapukan sedikit butter pada dulang pembakar @ alaskan kertas minyak.
  • buat bentuk bulat2 dan susun di atas dulang tadi.
  • ambil satu gelas lutsinar, tekan atas doh bulat2 tadi sehingga tebalnya 1/2 cm.
    note : kalau nk buat bentuk lain pon boleh.terpulang kpd citarasa masing2.sy suka mcm ni sebab nk tengok bentuk gerigi di tepi biskut tu.pastikan tidak tebal supaya biskut masak dengan sekata.
  • bakar dengan suhu 180 darjah selama 10-15 minit.
    note : boleh bukak oven tengok biskut dh masak ke belum selepas 10 minit.kalau warna dasarnya perang keemasan, boleh la diangkat.
  • biarkan sejuk dulu baru boleh simpan dalam bekas kedap udara.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN