Resipi ini adalah hasil sumbangan Kak Zubaidah. Sekali D mencuba terus menjadi, dan rasanya memang ranggup dan sedap.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Biskut Fancy Ice Cream

Resipi ini adalah hasil sumbangan Kak Zubaidah. Sekali D mencuba terus menjadi, dan rasanya memang ranggup dan sedap.

BAHAN-BAHAN

  • 130gm mentega
  • 60gm gula aising
  • 160gm tepung gandum
  • 20gm tepung jagung
  • 20gm tepung kentang
  • 10 gm tepung kastad
  • 1/4 sudu teh serbuk penaik
  • 20gm serbuk badam
  • Topping
  • coklat, yang telah dicarikan dengan sedikit minyak
  • butiran permata, sebagai hiasan
CARA PENYEDIAAN
  • Pukul mentega dan gula sehingga kembang. Kemudian campurkan tepung-tepung yang telah diayak bersama dengna serbuk penaik dan juga serbuk badam. Gaul rata sehingga menjadi doh.
  • Canai doh dan kemudian gelek dengan penggelek gerigi dan teram dengan acuan ais krim. Atur diatas loyang pembakar. Sapukan telur diatas biskut dan bakar pada suhu 180 darjah C sehingga ia masak.
  • Setelah itu celup hujung biskut dengan coklat dan tabur manik berwarna diatas coklat tersebut.
  • Ini pula adalah contoh penggelek gerigi yang juga selalu kita gunakan untuk buat tart gulung dan contoh acuan untuk buat Biskut Fancy Ice Cream.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN