Oreo kan belum buat kukis yang ada kekacang lagi,jadi truya pun tolong dorang mempelbagaikan tekak pulak.rasanya memang sedap.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Biskut crunchy oreo

Oreo kan belum buat kukis yang ada kekacang lagi,jadi truya pun tolong dorang mempelbagaikan tekak pulak.rasanya memang sedap.

BAHAN-BAHAN

  • 3/4cwn tepung gandum
  • 1cwn tepung jagung
  • 1cwn marjerin
  • 3/4cwn gula merah
  • 1biji telur
  • 35g cashewnuts&macadamias(truya guna brand tong garden)
  • 10keping biskut oreo(asingkan krimnya)
  • 1sdk baking powder
  • 1/2sdk soda bicarbonate
  • Beberapa titik esen vanilla
CARA PENYEDIAAN
  • Kekacang dan oreo diracik kasar.
  • Tepung gandum,tepung jagung,baking powder dan soda bicarbonate digaul bersama.
  • Dalam mangkuk lain,krim oreo,marjerin,gula merah,telur dan esen vanilla digaul sebati.
  • Satukan no.2&3 menjadi doh.masukkan biskut oreo dan kekacang tadi.rehatkan 15min.
  • Doh akan bertukar kaler jadi gelap.alaskan loyang dengan aluminium foil.ambik doh sebesar biji guli dan tekan atas loyang nipis2.
  • Bakar 130’c selama 15-20 minit.apabila biskut dah masak,angkat dan sejukkan.
  • Biskut memang lembut semasa baru dikeluarkan dari oven tetapi akan mengeras apabila dah sejuk sikit.tandanya apabila ia mudah dialih dari aluminium foil.
  • Simpan dalam bekas kedap udara.yang tepi nie gambar kukis truya dari tepi.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi 20 Minit Siap

    Resipi Trending