Amik dari resepi Chef Wan di internet…
Cuma resepi ni versi jimat dan kurang manis sikit…
Harap-harap Chef Wan tak marah…hehehe..
Terima kasih Chef Wan..!!

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Biskut Coklat Chips Kurang Manis

Amik dari resepi Chef Wan di internet…
Cuma resepi ni versi jimat dan kurang manis sikit…
Harap-harap Chef Wan tak marah…hehehe..
Terima kasih Chef Wan..!!

BAHAN-BAHAN

  • 1 cawan Margerine
  • 1 sudu teh esen Vanila
  • 1/2 cawan Gula Kastor
  • 1/2 cawan Gula Perang
  • 1 biji Telur
  • 1/2 cawan Serbuk Koko
  • 2 sudu besar Susu Segar (optional)
  • 1 3/4 cawan Tepung Gandum
  • 1/4 sudu camca Baking Soda
  • 1 cawan Coklat Chips
  • Optional: 1 cawan apa-apa Kekacang dicincang kasar (cth: almond)- ni kena bakar sampai agak perang
CARA PENYEDIAAN
  • Guna mixer, putarkan mentega/mergerin pada kelajuan tinggi, campurkan esen vanilla dan kedua-dua jenis gula, putar hingga gebu, masukkan telur kemudian kurangkan kepada kelajuan rendah.Masukkan serbuk koko sambil diputar dan diikuti dengan susu.
  • Didalam mangkuk yang lain, gaulkan tepung bersama baking soda sehingga rata menggunakan senduk kayu. Masukkan coklat chip kedalam adunan tepung tadi.
  • Masukkan adunan kering tadi ke dalam batter tadi dan gaulkan (guna spatula or senduk kayu tadi pun boleh) sehingga adunan rata dan menjadi doh yang lembut
  • Bulat-bulatkan adunan dengan sudu dan aturkan diatas dulang pembakar
  • Bakar pada suhu 175C selama 12-13 minit mengikut jenis oven masing-masing
  • Sejukkan dahulu barulah disimpan didalam bekas kedap udara

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN