Lagi hidangan Valentine’s Day yg saya buat tempoh hari, diambil daripada marthasteward.com dan di ekjaz mengikut citarasa sendiri. hasilnya, not bad! Hehe..
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Biskut Chenta Dalam Hati
Lagi hidangan Valentine’s Day yg saya buat tempoh hari, diambil daripada marthasteward.com dan di ekjaz mengikut citarasa sendiri. hasilnya, not bad! Hehe..
BAHAN-BAHAN
- 170 gm tepung serbaguna (diayak)
- 30 gm serbuk koko (diayak)
- 1 sudu teh baking powder (diayak)
- 50 gm butter
- 3/4 sudu teh esen vanilla
- 90 gm gula halus
- 1/2 biji telur saiz besar (Gred A)
- aiskrim vanilla secukupnya
CARA PENYEDIAAN
- pukul mentega bersama gula, diikuti esen vanila.
- masukkan telur dan pukul lagi sehingga benar2 sebati.
- masukkan tepung sedikit demi sedikit, kaup balikkan agar sebati. Lepas tu, ambil doh dan balut dengan clingfilm. Letak dalam peti sejuk dan biarkan sejam.
- dah tu, canaikan doh senipis yg mungkin (dalam 1/8 inci) dan terapkan la dgn acuan bentuk chenta.. cucuk2 dgn garfu diatasnya spy nampak lebih menarik
- bakar dalam oven selama lebih kurang 12-15 min dgn suhu 350F. Kalo dah masak, kuarkan dari oven dan biarkan sejuk seketika
- letak aiskrim atas biskut dan lapiskan dgn satu lagi biskut diatasnya. Biskut boleh disimpan dlm freezer selama 3-4 hari kalo anda nak buat byk.
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.