Selalu buat menggunakan ubi yang diparut, sekali2 ubah selera dengan ubi yang direbus pula… :)

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

?Bingka Ubi Rebus™

Selalu buat menggunakan ubi yang diparut, sekali2 ubah selera dengan ubi yang direbus pula… :)

BAHAN-BAHAN

  • 500 g ubi yang dikupas – rebus dan toskan
  • 1/2 tin susu cair
  • 1 1/2 cawan santan sedang
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 1/2 cawan gula merah
  • 2 biji telur
  • 1/2 sk garam
  • 1 sk esen vanilla
  • 2 cawan tepung gandum – diayak
  • 2 sb majerin – cairkan
CARA PENYEDIAAN
  • Masukkan kesemua bahan dalam blender kecuali tepung dan majerin cair dan kisar halus.Tuangkan adunan kisar ke dalam mangkuk.
  • Masukkan tepung dan majerin ke dalam adunan tadi dan kacau rata dan sebati. (akak kisar semua bahan sekali gus sebab buat 1/2 adunan aje)
  • Sapu loyang atau acuan dengan majerin rata2 dan tuang adunan.Bakar hingga masak dan garing permukaannya.Seperti biasa kalau suka bijan boleh ditaburkan atas permukaan kuih sebelum dibakar.
  • Biar bingka benar2 sejuk baru dipotong dan disajikan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN