Bagaimana cara nak masak Bingka Ubi Kayu Lemak?
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Pencuci Mulut / Minuman
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Bingka Ubi Kayu Lemak
Bagaimana cara nak masak Bingka Ubi Kayu Lemak?
BAHAN-BAHAN
- 1½ kg ubi kayu (Dikupas kulit dan dipotong kecil)
- 1 cawan santan (1 biji kelapa)
- 2 biji telur
- ½ cawan minyak masak
- Garam secukup rasa
- 2 cawan gula pasir
- ½ cawan gula merah
- ½ cawan air
Bahan A
Bahan B
CARA PENYEDIAAN
- Kisarkan ubi kayu menggunakan pengisar. Kemudian tapiskan dengan penapis santan. Buangkan airnya. Ambil sagu ubi di dalam penapis.
- Masakkan bahan B sehingga mendidih dan tapiskan.
- Gaulkan bahan A dan bahan B termasuk sagu ubi dan masukkan ke dalam kuali.
- Masakkan sebentar sambil kacau tanpa henti sehingga pekat.
- Masukkan ke dalam loyang bersaiz 8 inci x 8 inci yang siap disapukan minyak.
- Masukkan ke dalam oven yang sudah dipanaskan pada suhu 170ºC. Bakar selama 60 minit menggunakan api bahagian atas dan bawah.
- Bakar lagi selama 10 minit menggunakan api bahagian atas sahaja.
- Sejukkan beberapa jam. Potong dan hidangkan.
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.