Hidangan untuk minum petang yang mudah disediakan, resipi Pn Rubiah Suparman..

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Bingka Pisang

Hidangan untuk minum petang yang mudah disediakan, resipi Pn Rubiah Suparman..

BAHAN-BAHAN

  • 10 biji pisang
  • 2½ cawan santan
  • 2 cawan tepung beras
  • 1 cawan gula
  • Sedikit garam
CARA PENYEDIAAN
  • Lecek 5 biji pisang. Masukkan santan, tepung, gula dan garam, gaul sebati.
  • Potong/hiris baki 5 biji pisang tadi. Masukkan ke dalam adunan, gaul rata.
  • Tuang ke dalam loyang yang telah disapu sedikit minyak dan bakar hingga masak (ikut kesesuaian oven sendiri).
  • Jika nak bakar dalam acuan bahulu kemboja, panaskan acuan yang telah disapu sedikit minyak di atas api kecil. Tuang adunan hampir memenuhi acuan, tutup dengan tudung periuk/foil.
  • Bakar selama lebih kurang 15-20 minit di atas api kecil. Kemudian, masukkan acuan ke dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu dan bakar pula dengan api atas selama lebih kurang 15-20 minit (saya bakar dengan suhu 210?C).
  • Ini gambar kuih yang telah dipotong.. tekstur kuih lembut dan sedap..

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN