Sesuai dibuat sarapan dan minum ptg…kuih orang dolu-dolu….
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
?Bingka Beras Gula Putihâ¢
Sesuai dibuat sarapan dan minum ptg…kuih orang dolu-dolu….
BAHAN-BAHAN
- 1500 ml santan – drpd 2 biji kelapa parut (saya guna 800 ml santan kotak + 700 ml air)
- 250 g gula pasir
- 250 g tepong beras (cap Gajah)
- 50 g tepong Hoen Kue
- 1/2 sk esen vanilla
- 1 sk garam
CARA PENYEDIAAN
- Satukan kesemua bahan dan kacau hingga sebati dan ditapis.
- Masak adunan hingga pekat dan berkilat…hendaklah dikacau sentiasa supaya tk berkerak.
- Tuang adunan ke dlm loyang yg beralas daun pisang atau setakat disapu minyak aje.
- Bakar pula kuih di dlm oven . Bakar dgn grill dulu hingga permukaan kuih garing atau berkulit kemudian bakar dgn api bawah hingga masak -160C lebih kurang 30 min.
- Biarkan kuih benar2 sejuk baru boleh dipotong dan dihidangkan. Kuih ini agak lembik ketika masih panas dan akan keras tapi lembut bila sejuk dan mudah dipotong.
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.