Cara membuat sangat mudah, tapi memang sedap, puas hati.. : )

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Bihun Sup

Cara membuat sangat mudah, tapi memang sedap, puas hati.. : )

BAHAN-BAHAN

  • Bihun untuk 2 orang makan
  • 2 ketul ayam (bahagian berisi)
  • 1 pokok sawi
  • Segenggam taugeh
  • Daun bawang dipotong halus
  • Daun sup dipotong halus
  • Segenggam bawang goreng
  • 3 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • Seinci halia
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • Rempah sup
  • Rempah kurma
  • Garam
  • Serbuk pati ayam
  • 6 biji cili padi
  • 1 biji limau nipis (diambil jusnya)
  • Kicap pekat manis
  • Minyak untuk menumis
  • Air
CARA PENYEDIAAN
  • Rendam bihun dalam bekas berisi air
  • Tumbuk 2 ulas bawang merah, 2 ulas bawang putih & halia
  • Panaskan minyak dalam periuk, tumiskan bahan tumbuk tadi bersama kulit kayu manis, bunga lawang & bunga cengkih
  • Setelah bahan2 tumis kelihatan perang, masukkan ayam dan gaul2kan sehingga kulit ayam kelihatan sedikit perang
  • Setelah itu, masukkan air secukupnya
  • Setelah air menggelegak, masukkan rempah sup ke dalam periuk sehingga mencapai kekeruhan yang disukai
  • Masukkan pula sedikit rempah kurma (anggaran 1 sudu teh)
  • Masukkan garam & serbuk pati ayam secukupnya, kacau, tutup periuk dan perlahankan api. Biarkan sup mereneh
  • Untuk sambal kicapnya, tumbuk cili padi, seulas bawang merah & seulas bawang putih. Kemudian, masukkan kicap pekat manis dan jus limau nipis
  • Setelah ayam dalam sup masak elok, keluarkan dan siat2 isinya. Setelah itu, celur sawi, taugeh & bihun
  • Setelah siap, bolehlah masukkan bihun ke dalam mangkuk, diikuti taugeh, sawi dan isi ayam. Taburkan daun bawang, daun sup & bawang goreng di atasnya.
  • Hidang dengan sambal kicap

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN