Bihun sup mudah =)

teringin nak makan bihun sup?? jom cuba resepi saya.. senang je…=P

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Bihun sup mudah =)

teringin nak makan bihun sup?? jom cuba resepi saya.. senang je…=P

BAHAN-BAHAN

  • 1/2 bungkus bihun – celur dgn air panas hingga lembut
  • rempah menumis [1batang kayu manis, sekuntum bunga lawang, seulas buah pelaga, dan 4kuntum cengkih]
  • 2 ulas bawang putih diketuk
  • 2 ulas bawang merah dihiris nipis
  • 1/2 inci halia dihiris nipis
  • 4-5 ulas cili padi [kalau suka pedas boleh tambah lagi]
  • beberapa hiris daging ayam.. ikut suka nak letak banyak mana.. =)
  • 1/2 kiub pati ayam knorr… saya guna separuh sebab nak masak sikit =)
  • semangkuk kecil sayur kobis
  • sebiji telur ayam
  • garam secukup rasa
  • 2-3 sudu besar minyak masak untuk menumis
  • air secukupnya untuk kuah…sesuaikan dengan jumlah bihun
CARA PENYEDIAAN
  • panaskan minyak dan pastikan betul2 panas.
  • ~tumis rempah [kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang, dan cengkih]
  • masukkan bawang merah, bawang putih dan halia, tumis hingga layu dan sedikit kekuningan
  • masukkan isi ayam dan tumis hingga layu
  • masukkan air, kiub pati ayam, dan reneh hingga menggelegak
  • selepas kuah menggelegak bolehlah masukkan sayur kobis tadi
  • masukkan cili padi
  • masukkan telur ayam
  • masukkan garam secukup rasa. sebaiknya rasa dahuku kuah sebelum masukkan garam kerana kiub pati ayam telah mengandungi garam……
  • bila dah cukup semua rasa bolehla tutup api.. sedia untuk dinikmati.. =)

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago