ank sy, ASH… kasi nama bihun ni sbb bnyk sayur & tauhu hncur kt dlmnye…

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

???Bihun Goreng Semak®

ank sy, ASH… kasi nama bihun ni sbb bnyk sayur & tauhu hncur kt dlmnye…

BAHAN-BAHAN

  • 1 bungkus bihun – 400gm/rendam hingga lmbut(1-2jam)/toskn
    * bihun dlrg rendam dlm air panas
  • 1/2 @ 1 cawan – udang kering – rendam air panas(5 – 10 minit)/cuci/toskn
  • 8 ulas bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • * 2 jenis bawang dtumbuk kasar
  • 4 – 5 ketul tauhu – goreng/x prlu garing/ hancur kasar
  • 3 sudu besar – cili kering kisar/nk pedas bleh tmbh lgi
  • 1/2 cawan sos cili
  • 1/2 cawan sos tomato
  • 2 @ 3 sudu besar sos tiram
  • 3 sudu besar kicap manis
  • 1 batang karot – dparut memanjang
  • 1 mangkuk kubis – dpotong agak kasar
  • 1 mngkuk sawi – dpotong (asing btng & daunnye)
  • *daun sup/daun bawang/cili/bawang goreng…
  • 3/4 cawan air
  • garam cukup rasa
CARA PENYEDIAAN
  • Panaskn minyak 1/2 cawan
  • Tumis 2 jenis bawang hingga naik bau & sedikit garing
  • Masukkn cili kisar, dikuti udang kering…agak2 cili kering sedikit garing & pecah minyak, masukkn 3 jenis sos, garam & kicap manis
  • Seterusnya, masukkn 3/4 cawan air…biar mndidih sekejap, bleh masukkn kubis & batang sawi dulu
  • Agak2 sayur tu sedikit layu, masukkn bihun & tauhu hancur…goreng hingga lmbut & kaup balik selalu
  • Klau bihun x cukup lmbut bleh tmbahkn sedikit air masak lgi…sesuaikn rasa garamnye
  • Akhir sekali baru masukkn daun sawi…5 minit kemudian tutup api…
  • Sedia dhidangkn dgn daun bwg/daun sup & cili yg dipotong…tabur bwg goreng kasi wangi lgi…
  • Selamat mncube & selamat menikmati ‘kesemakknnye’ itew, hehehe…

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN