Salah satu dari makanan popular di Sarawak terutama di bahagian Kuching selain daripada Laksa Sarawak dan Mee Kolok. Rasanya yang sedap dan kelainan menjadikan ianya kegemaran ramai.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Asian

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Bihun Belacan / Kuching Bihun Belacan

Salah satu dari makanan popular di Sarawak terutama di bahagian Kuching selain daripada Laksa Sarawak dan Mee Kolok. Rasanya yang sedap dan kelainan menjadikan ianya kegemaran ramai.

BAHAN-BAHAN

  • Bahan-bahan (A) Mihun sedang kasar secukupnya – rendam kembang dan celur dengan air panas. Toskan Tauge secukupnya Timun – potong halus Telur padi Sotong kembang – potong sedang Limau kasturi
  • (B)Kisar 1 biji bawang bombay sedang 5 biji bawang merah 3 ulas bawang putih 1/2 inci halia Sedikit udang kering
  • (C) Cili giling (Tak nak pedas abaikan) Minyak sedikit untuk menumis
  • (D) 1 liter air 1/2 inci belacan + sedikit air – hancurkan 1-2 sdt pitis udang 1 sdt asam jawa paste (kalau nak masam lebihkan) *Sue guna bukan adabi so tak terlalu masam. Agak-agak ye* Kicap pekat masin sedikit/ kicap pekat unuk warna
  • Garam sedikit takut lebih masin (rasakan terlebih dahulu kerana belacan dan kicap dah masin) Gula dan aji secukup rasa. (Kalau tak makan aji abaikan) 11/2 sdt tepung kentang/jagung + air sedikit untuk memekat kuah*
CARA PENYEDIAAN
  • Cara

    1) Tumis bahan (C) hingga garing dan masukan bahan kisar. Tumis sehingga kuning dan bawang masak.

    2) Masukan bahan (D) kecuali bancuhan tepung* dan biarkan mendidih menggunakan api sedang dalam 10 minit. Rasa secukupnya.

  • *Sebelum masukan bancuhan tepung, tapis kuah terlebih dahulu atau cedok guna penapis kecil supaya kuah bersih*

    3) Masukan bancuhan tepung dan kuar rata. Tutup api. Kuar jangan cair ataaupun terlalu pekat. Agak-agak ye sebab setiap jenis tepung jagung/ kentang tak sama.

    4) Hidang bersama bahan-bahan sampingan diatas.

  • SELAMAT MENCUBA!

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN