Bergedil Yang Simple

Bergedil ini ringkas tapi sedap sebab ia berisi daging. Resipi ini cuba-cuba sendiri; dibuat mudah kerana susah untuk mendapatkan daun sup & daun bawang di Sydney.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Bergedil Yang Simple

Bergedil ini ringkas tapi sedap sebab ia berisi daging. Resipi ini cuba-cuba sendiri; dibuat mudah kerana susah untuk mendapatkan daun sup & daun bawang di Sydney.

BAHAN-BAHAN

  • 1/4 kg daging kambing atau lembu dikisar/dicincang
  • 1 biji bawang besar (dipotong dadu)
  • 1 sudu teh jintan
  • 1 kg kentang (dibuang kulit, dipotong kecil-kecil & direbus)
  • 2 sudu makan bawang goreng
  • 2 sudu teh garam (untuk kentang)
  • 2-3 biji telur (dipukul rata & tambahkan 2 sudu teh garam)
  • 2 sudu teh lada hitam
  • Klik di sini untuk isi bahan
CARA PENYEDIAAN
  • Panaskan 1 sudu makan minyak masak & tumiskan bawang hingga layu. Kemudian, masukkan jintan.
  • Masukkan daging cincang tadi & goreng hingga masak.
  • Rebus kentang hingga lembut & lumatkan dengan senduk setelah air rebusan dibuang. Masukkan 1/2 mangkuk telur yang telah dipukul dengan garam (1/2 mangkuk lagi untuk salut/balut bergedil sebelum digoreng).
  • Taburkan garam (2 sudu teh), lada hitam (2 sudu teh), bawang goreng (2 sudu makan), daging cincang yang sudah digoreng tadi & gaul hingga rata. Kemudian bulatkan bergedil (40 biji kecil) & letak di atas pinggan/ dulang rata & simpan di dalam peti sejuk supaya tidak lembik.
  • Panaskan secukup minyak untuk menggoreng bergedil. Saluti/baluti bergedil dengan 1/2 mangkuk telur tadi & masukkan satu-persatu ke dalam minyak panas. Pastikan minyak cukup panas & tiada terlalu banyak bergedil supaya ia tidak pecah.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago