Project Description

Bagaimana cara nak masak Bergedel Ayam?

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Bergedel Ayam

Bagaimana cara nak masak Bergedel Ayam?

BAHAN-BAHAN

  • 4 biji ubi kentang (Dipotong kecil) 
  • 2 cawan air
  • 1 labu bawang besar (Dipotong dadu) 
  • 150 gram isi ayam (Dipotong dadu) 
  • 1 sudu makan rempah kurma 
  • 2 sudu teh lada hitam (Ditumbuk) 
  • 3 sudu besar bawang goreng 
  • 1 pokok daun sup (Diracik halus) 
  • 3 biji telur 
  • Garam secukup rasa 
  • Minyak masak secukupnya
CARA PENYEDIAAN
    1. Basuh dan rebuskan kentang dengan air dan garam sehingga empuk. Tuskan. 
    2. Masukkan kentang ke dalam mangkuk besar dan tumbuk sehingga lumat. 
    3. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Tumiskan bawang besar dan masukkan isi ayam. Kacau sehingga masak. Tutupkan api. 
    4. Masukkan isi ayam dan semua bahan kecuali telur ke dalam mangkuk berisi kentang hancur tadi. Gaul rata. 
    5. Ambil sedikit adunan dan kepalkan. Bentukkan bulat dan leperkan sedikit. Buat sehingga habis adunan. 
    6. Pecahkan telur di dalam mangkuk lain dan kacau rata. 
    7. Celupkan ketulan bergedel di dalam telur. 
    8. Panaskan minyak di dalam kuali dan gorengkan sehingga garing dengan api sederhana. 
    9. Angkat dan tuskan minyak. Sedia dihidangkan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.