Boleh tahan jugak bengkang ni untuk buat buka puasa.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Bengkang Roti Berlauk

Boleh tahan jugak bengkang ni untuk buat buka puasa.

BAHAN-BAHAN

  • Lebih kurang 15 keping roti
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 4 cawan susu segar (boleh juga guna santan)
  • 2 sudu teh garam
  • 1 sudu teh lada hitam
  • 2 sudu butter dicairkan
  • 1 mangkuk daging cincang
  • 1 biji kentang di dadu kecil
  • 1 batang carrot dihiris nipis
  • 2 biji cili padi dihiris nipis (untuk tambah pedas)
  • 2 sudu besar serbuk kari
  • daun sup dan bawang goreng untuk ditabur atas bengkang
  • minyak untuk menumis
  • 3 biji telur
  • 1 kiub pati ayam maggi
CARA PENYEDIAAN
  • Koyak-koyakkan roti dalam satu bekas dan tuangkan susu kedalamnya. Rendam hingga lembut.
  • Pukul telur, garam, lada hitam dan campurkan kedalam adunan roti. Kacau sebati. Masukkan tepung, dan butter cair. Kacau sebati. Kalau terlembik sangat adunan, tambahkan roti atau tepung.
  • Panaskan oven 180 darjah. Sapu acuan dengan sedikit minyak, tuangkan adunan roti tadi dan bakar selama lebih kurang 40 minit.
  • Untuk lauk, panaskan minyak dalam kuali. Tumiskan serbuk kari dengan sedikit air. Masukkan daging cincang. Kacau sebentar.
  • Masukkan kentang dan sedikit air cukup untuk sekadar mengempukkan kentang. Masukkan kiub ayam maggi. Setelah kentang hampir empuk masukkan carrot. Masak sehingga kentang empuk. Lauk mesti tidak terlalu basah.
  • Taburkan lauk , daun sup, dan bawang goreng keatas bengkang sebelum dihidangkan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN