dpt idea wt ni sbb x slera mkn ns.. x sangke2 mnjd..
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Beehun paprik
dpt idea wt ni sbb x slera mkn ns.. x sangke2 mnjd..
BAHAN-BAHAN
- 2 ketul ayam dipotong kecil2
- sedikit cendawan tiram
- 4 ulas bawang merah ditumbuk
- 2 ulas bawang putih di ketuk
- 1 cm halia diketuk
- 1 batang serai dititik
- sedikit sos tiram, serbuk lada hitam, sos cili dan kicap manis
- daun limau purut
- sedikit lobak merah
- cili padi secukopnye, diketuk
- beehun dicelur
CARA PENYEDIAAN
- Tumis bawang putih, halia dan serai hingga kuning, masukkan pula bawang merah. tumis sedikit garing. masukkan ayam biarkan sehingga ayam msk.
- Masukkan sos, lada hitam dan kicap. kacau rata. masukkan pula lobak merah, daun limau purut dan cili padi. perasakan
- Masukkan beehun yang telah dicelur. kacau rata. last skali masukkan cendawan. gaul rata dan boleh lah di hidang.
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.