tak tau nak sarapan apa..tercetus idea ini, berdasarkan apa yang ada di dapur..

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Beehoon Sup Simple

tak tau nak sarapan apa..tercetus idea ini, berdasarkan apa yang ada di dapur..

BAHAN-BAHAN

  • 1/2 paket beehoon
  • 5 ulas bawang putih
  • 3 ulas bawang kecil
  • 1 sudu makan ikan bilis hancur ( siap diblender )
  • 1 kuib ikan bilis ( apa2 jenama pun bolih )
  • sedikit rempah tumis ( kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan cengkih )
  • 1500 ml air
  • 2 1/2 sudu kecil garam halus
  • sedikit ajinomoto ( jika suka )
  • 1 batang serai di titik
  • sedikit minyak untuk menumis
  • Sedikit sawi dan brokoli ( itu yang mama ada )
  • 1 paket bebola ikan
  • Taugeh, daun sup dan bawang goreng untuk hiasan tambahan
  • Cili potong + kicap ( jika suka )
CARA PENYEDIAAN
  • Beehoon di celur sehingga lembut, toskan dan ketepikan.
  • Bawang putih dan bawang kecil di tumbuk sehingga lumat.
  • Panaskan minyak. Tumis rempah tumis dan serai, kemudian masukan bawang2 yang di tumbuk tadi sehingga agak garing dan berbau wangi.
  • Masukan ikan bilis serbuk serta kiub bilis dan air. Biarkan mendidih sebentar.
  • Setelah mendidih masukan garam dan serbuk perasa serta masukan sawi, brokoli dan bebola ikan. Renehkan sehingga mendidih semula. Tutup api, dah siap pun..

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN