Sesuai untuk minuman petang, enak dimakan panas-panas. Resepi asal dari allrecipes dengan sedikit olahan.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Banana Crumb Muffin

Sesuai untuk minuman petang, enak dimakan panas-panas. Resepi asal dari allrecipes dengan sedikit olahan.

BAHAN-BAHAN

  • 1 1/2 cwn tepung serbaguna
  • 1 sk sodium bikarbonate
  • 1 sk baking powder
  • 1/2 sk garam
  • 4 biji pisang (= 1 cwn); lenyek
  • 1/2 cwn gula castor
  • 1/4 cwn gula perang
  • 1 biji telur , pukul sedikit
  • 1/3 cwn minyak masak
  • * 1/4 cwn gula perang
  • * 2 sb tepung serbaguna
  • * 1 sb marjerin / mentega
CARA PENYEDIAAN
  • Panaskan oven pada suhu 190C. Sediakan bekas muffin.
  • Dalam 1 mangkuk, satukan tepung, sodium bikarb, baking powder & garam.
  • Dalam mangkuk lain, campurkan pisang, gula, telur dan minyak. Masukkan campuran pisang ke campuran tepung. Kacau rata. Masukkan ke acuan muffin.
  • Untuk crumb *: Dalam 1 mangkuk, campurkan gula perang dan 2 sb tepung. Masukkan mentega sehingga campuran menjadi seperti serbuk roti. Taburkan ke atas muffin tadi.
  • Bakar selama 20 minit. Hidangkan panas-panas.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN