sesuai kalau ada pisang yang dah terlebih matang

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Banana Chocolate Chip Muffin

sesuai kalau ada pisang yang dah terlebih matang

BAHAN-BAHAN

  • Bahan A
  • 3/4 cup tepung gandum
  • 3/4 cup tepung naik sendiri
  • 1/4 cup tepung jagung
  • 1 tsp baking powder
  • 1 tsp garam (kalau guna minyak)
  • Bahan B
  • 3/4 hingga 1 cup pisang dilecek (agak-agak 3 biji pisang sederhana besar)
  • 3/4 cup minyak/ mentega dicairkan
  • Bahan C
  • 1/2 cup gula perang
  • 1/2 cup gula pasir
  • 3 biji telur
  • 1 tsp esen vanila
  • 1 cup cip coklat
CARA PENYEDIAAN
  • Ayak bersama semua bahan A. Gaul rata.
  • Lecek pisang (bahan B). Ketepikan.
  • Pukul semua bahan C menggunakan mixer hingga berbuih.
  • Masukkan bahan A yang telah diayak sedikit demi sedikit. Pukul hingga sebati.
  • Campurkan bahan B satu persatu. Pukul lagi.
  • Sekarang masuk pulak semua cip coklat. Jangan pukul dah. Gaul je.
  • Isikan dalam muffin cups 3/4 penuh. Bakar pada suhu 170 celcius, selama 1/2 jam. Kalau nak lebih garing, bolehlah bakar lagi lama.
  • Selamat mencuba!
  • **Boleh jugak buat sebagai kek pisang. Bakar dalam loyang instead of muffin cups.**

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN