Sapuan (spread) utk dimakan bersama roti @ biskut, juga boleh dimakan bersama bubur oat segera utk sarapan pagi atau bila masa anda mahu…
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Banana Choco Nestum Spread
Sapuan (spread) utk dimakan bersama roti @ biskut, juga boleh dimakan bersama bubur oat segera utk sarapan pagi atau bila masa anda mahu…
BAHAN-BAHAN
- 6 biji pisang rastali (atau pisang lain yg sedap dimakan mentah)
- 1/2 cawan serbuk koko @ 3/4 cawan parutan coklat masakan @ 3/4 cawan Milo
- 3/4 – 1 cawan bijirin Nestum
- 1/2 cawan susu segar/susu sejat
- secubit garam
- 1 sudu kecil perasa vanila
CARA PENYEDIAAN
- Dalam satu periuk sederhana besar, lenyekkan pisang tadi. Lumatkan pisang bergantung pada selera anda – kalau suka yg hancur betul, hancurkan betul2. Saya suka yg ada ketul2 pisang tu lagi – ala2 chunky gitu.
- Gaulkan serbuk koko/parutan coklat masakan/Milo, letakkan periuk atas dapur, api sederhana. Kacau supaya sebati dan tidak hangus/melekat pada periuk.
- Campurkan susu sedikit demi sedikit sambil tangan sebelah lagi kacau adunan coklat & pisang tersebut.
- Masukkan garam & vanilla, kacau lagi. Pastikan adunan mendidih. Lepas mendidih, tutup api dan turunkan periuk dari dapur.
- Bila dah kurang panas, kacau Nestum tadi dan boleh dibiarkan sejuk pada suhu bilik.
- Masukkan dalam botol/tupperware yg sesuai, simpan dlam peti sejuk. Boleh tahan sehingga 2 bulan sekiranya disimpan dengan baik di dalam peti sejuk.
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.