Bagaimana cara nak masak Bamia Kambing?

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Bamia Kambing

Bagaimana cara nak masak Bamia Kambing?

BAHAN-BAHAN

  • ½ kg daging kambing 
  • 3 sudu makan rempah kari daging 
  • 2 sudu makan serbuk badam 
  • 3 biji bawang merah 
  • 2 ulas bawang putih 
  • 1½ inci halia 
    (Semua rempah kari daging, serbuk badam, bawang merah, bawang putih & halia dikisar bersama)
  • 300 g bendi 
  • 3 cawan santan (½ biji kelapa) 
  • 2 biji tomato (Dipotong 4) 
  • 3 tangkai daun kari 
  • 2 sudu makan minyak 
  • Garam secukup rasa
CARA PENYEDIAAN
    1. Potong kecil daging kambing. Basuh dan tuskan. 
    2. Gaulkan daging dengan bahan yang dikisar. Perap selama 1 jam. 
    3. Panaskan minyak dan gorengkan bendi sehingga masak. Angkat dan 
      ketepikan. 
    4. Masukkan daging yang sudah diperap ke dalam periuk dan 
      kacau rata. 
    5. Masukkan santan dan garam. Masak sehingga daging lembut dan 
      kuah pekat. 
    6. Masukkan tomato, bendi dan daun kari. Kacau seketika kemudian tutup 
      api.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN