saja2 meow campurkan mash potato ke dalam white sauce tu
cubala sedap pulak.. tapi kalu makan manyak2 rasa muak gak

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Asian

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Baked pasta with potato sauce & cheese

saja2 meow campurkan mash potato ke dalam white sauce tu
cubala sedap pulak.. tapi kalu makan manyak2 rasa muak gak

BAHAN-BAHAN

  • 4-5 gelas cawan pasta direbus cam biasa
  • 100 gm daging cincang
  • 1 labu bawang besar – dipotong dadu
  • 2 ulas bawang putih – dicincang
  • 2 biji tomato – dicincang
  • 1/2 cawan tomato puree
  • 2 sudu kecil ladahitam ditumbuk
  • 2 sudu kecil oregano
  • garam dan gula secukup rasa
  • minyak zaitun atau minyak biasa
    pun boleh..
  • cheese secukupnya.. meow pakai
    1 paket yg slices tu aje
  • juga boleh ditambah celery,
    mushroom juga carrot

  • Bahan-Bahan potato sauce
  • 3 biji kentang sedang-direbus dan dilenyek2kan
  • 2 sudu besar butter
  • 2-3 sudu besar tepung gandum
  • fresh milk secukupnya..
  • 2 sudu besar lada hitam ditumbuk halus
  • cheese diparut secukup rasa
    (meow pakai parmesan yg diparut tu)
  • garam secukupnya
CARA PENYEDIAAN
  • Cara-cara goreng pasta(macam goreng pasta biasa tu aje)
  • Sediakan kuali..panaskan minyak zaitun dan masukkan bawang besar dadu,
    bawang putih cincang.. tumiskan hingga naik bau.
    Kemudian masukan daging cincang kacau dalam 2 minit dan masukkan
    tomato puree. Kemudian masukkan bahan2 lain sekiranya ada cam mushroom
    ke.. celerry ke masukkan oregano dan lada hitam.. biarkan seketika kemudian
    masukkan buah tomato yg dicincang tadi..agak2 kalu kering masukkan
    2 3 sudu air kedalamnya biarkan pekat.. masukkan garam dan gula secukup
    rasa dan akhir sekali masukkan pasta yg telah direbus tadi.
  • Cara-Cara buat potato sauce
  • panas butter bila cair..masukkan tepung kacau dan matikan api kejap bila dah sebati masukkan fresh milk dan kacau lagi. Kemudian masukkan kentang yg telah dilenyekkan tadi.. kemudian masukkan lada hitam yg telah ditumbuk halus.. kacau sehingga pekat. Masukkan cheese secukupnya dan juga garam..tutup api.. nak tau menjadinya.. bila kita kacau dengan senduk.. sos tu akan melekat kat belakang senduk tu.. jadilah ia..
  • Langkah seterusnya..
  • Lenserkan loyang dengan butter kemudian masukkan pasta tadi dan tekan2
    agar agak mampat.. kemudian masukkan cheese ikut sukahati..
  • kemudian masukkan potato sause dan diakhiri dengan cheese lagi..
    lagi banyak lagi sedap..
  • Masukkan ke dalam oven yg sebelum tu dipanaskan
    Masak selama 30-35 minit dalam 180 C.. atau sehingga masak

    SELAMAT MENCUBA

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN