Cheesecake yang tak menggunakan sebarang tepung (sama seperti Baked Blueberry Cheesecake sebelum ni). Gebu, ringan dan creamy. Dicadangkan guna cream cheese Philadelphia dan coklat hitam (dark chocolate) atau coklat coverture berkualiti tinggi untuk rasa yang maksima. Resepi asal dari Ancoo Journal. Rujukan: http://zachoes.blogspot.com/2011/05/resepi-baked-chocolate-cheesecake.html

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Baked Chocolate Cheesecake (Kek Keju Coklat Bakar)

Cheesecake yang tak menggunakan sebarang tepung (sama seperti Baked Blueberry Cheesecake sebelum ni). Gebu, ringan dan creamy. Dicadangkan guna cream cheese Philadelphia dan coklat hitam (dark chocolate) atau coklat coverture berkualiti tinggi untuk rasa yang maksima. Resepi asal dari Ancoo Journal. Rujukan: http://zachoes.blogspot.com/2011/05/resepi-baked-chocolate-cheesecake.html

BAHAN-BAHAN

  • 250g cream cheese, suhu bilik
  • 60g @ 1/4C gula kastor – boleh dikurangkan kalau guna fresh cream
  • 3 biji kuning telur Gred A
  • 3 biji putih telur Gred A
  • 60g @ 1/4C UHT whipping cream, bentuk cecair – saya guna fresh cream yang telah sedia dipukul kental
  • 2st chocolate paste@chocolate emulco
  • 1 st esen vanila
  • 3 sb @ 30g coklat hitam (dark chocolate) atau chocolate coverture, dicairkan secara double-boiler atau microwave- saya guna 55% cocoa dark coklat, jenama Tudor Gold
  • 1/2st cream of tartar
  • Hiasan: choc chip atau ganache (1/8C fresh cream + 20g dark coklat yang dicincang dan dicairkan secara double-boiler)
CARA PENYEDIAAN
  • Sediakan loyang bulat 8″ ketinggian 2″ atau lebih. Alaskan dasar dan sisi loyang dengan baking sheet dan lengserkan dengan sedikit majerin/butter cair. Ketepikan.
  • Panaskan oven suhu 160C.
  • Dalam bekas besar, pukul cream cheese dengan 30g gula kastor hingga sebati. Masukkan whipping cream@fresh cream, esen vanila dan pukul pada kelajuan sederhana hingga smooth dan gebu (saya guna whisk telur je).
  • Masukkan kuning telur satu per satu dan pukul hingga sebati. Masukkan coklat hitam yang telah dicairkan, gaul rata.
  • Dalam bekas lain, pukul putih telur hingga berbuih. Masukkan cream of tartar dan baki 30g gula sedikit demi sedikit, hingga bertanduk dan kaku.
  • Kaup balikkan meringue ke dalam adunan cream cheese secara perlahan-lahan.
  • Tuangkan adunan ke dalam loyang dan hentak loyang sekali atas meja (hentak dari paras siku) untuk keluarkan buih-buih yang besar.
  • Taburkan chocolate chips (jika mahu) dan balut luar loyang cheesecake dengan aluminium foil 2-3 kali dan bakar secara bain marie/water bath/steam bake selama 50 minit, dengan 5 minit terakhir loyang di’rotate’kan.
  • Keluarkan dari oven dan sejukkan kek dalam loyangnya 5-10 minit di atas redai, sebelum dikeluarkan dari loyang dan dibiarkan pada suhu bilik. Dah sejuk, simpan dalam peti sejuk sebelum dituang ganache. Sedap dimakan sejuk-sejuk.
  • ***Tanda kek sudah masak apabila permukaan atasnya kelihatan kering (tapi jangan sampai merekah) dan keliling kek akan tertarik sedikit ke dalam. Tak perlu dicucuk dengan lidi sebab kek jenis ni memang lembab sikit (sebab tak guna tepung).
  • ***Biasanya kek akan mengecut/turun sedikit kurang dari 1cm semasa proses penyejukan.
  • ***Jangan sejukkan kek secara mendadak cth: pasang kipas, terus keluarkan dari loyang tanpa didiamkan dahulu dalam loyangnya, dibiarkan sejuk dalam keadaan yang jauh lebih sejuk dari suhu oven dll.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN